Sabtu, 16 Mei 2015

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT BAJU KURUNG MODEN



MELAKAR LAPIK LEHER BAJU KURUNG MODEN













  1.  gambarajah menunjukkan cara2 lapik leher dilakar diatas kain lapik gam dan ditampal pada kain sewaktu kerja-kerja menekap dilakukan (iron) sebelum proses menjahit tepi dilakukan.
  2. lebar lapik leher yang dicadangkan adalah 2" ye.
MENCANTUM DAN MENJAHIT LEHER SERTA MENJAHIT ZIP




  1. jahit leher bahagian hadapan terlebih dahulu. 
  2. snap pada bahagian melengkung.



  1. jahit zip pada bahagian belakang baju sebelum menjahit leher bahagian belakang. korang boleh click video dibawah utk lihat tutorial menjahit zip sembunyi.













  • selepas anda memasang zip belakang, cantum pelapik leher bahagian belakang. 
  • snap pada bahagian melengkung
  • korang boleh jahit sipis pada sebelah luar lapik leher seperti gambarajah di atas.



pandangan sebelah dalam baju bahagian belakang


pandangan sebelah luar baju bahagian belakang




  • sebelum korang cantum bahu kedua2 bahagian baju, korang jahit lisu pemadan dulu ye dan pastikan korang iron selepas lisu dijahit.



  • cantum bahu dan satukan lapik leher hadapan dan belakang. korang perasan x kedua2 cantuman leher bertemu pada jahitan sipis yang aku buat tadi. aku suggest korang buat lah jahit sipis ni utk kemasan baju korang..baju kemas korang pun puas hati.


  • selepas cantum bahu, cantum bahagian sisi badan baju hadapan dan belakang ye. basi yang biasa aku jahit 3/4" @ 1/2". kalau korang risau baju tu kecik ke korang buat la basi 1" ye supaya kalau baju tu kecik korang boleh ejas.



  • cantum kedua belah sisi lengan dan jahit


  • pastikan anda iron lengan yang telah dijahit








  • teknik mencantum lengan pada lubang lengan adalah, masukkan lengan kedalam lubang lengan seperti didalam gambarajah.
  • pastikan lengan yang dimasukkan kedalam badan baju adalah dari sebelah luar (luar bertemu luar)
  • cantum lengan dan lubang lengan dan jahit untuk satukan lengan dan badan baju. 
  • pastikan ukuran basi jahitan tidak melebihi 1/2"
  • part ini ramai yang selalu gagal dimana setelah siap mencantum lengan, kedudukan gris sisi lengan dan sisi badan baju x sama. 
  • pastikan anda jelujur @ meletakkan peniti sebelum mencantum lengan 







taraaa... dah siap baju ni..part bawah tu aku tambah dengan kedutan. nmpk kembang gitu lau pakai tmbh2 si tubuh kecik macam aku ni..lagi senang kalau pakai tapak kedut..x payan buat kedut secara manual lagi...hikhikhik..

selamat mencuba (^_^)(")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan